Sumber: Youtube channel Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Pada 6 April 2021 pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
menganjurkan satu rancangan siaran langsung di Facebook. Rancangan Sembang Tamu
pada tarikh tersebut bertajuk “Celik Bahasa Isyarat” yang dikongsikan bersama
dengan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Seorang pensyarah dari Falkulti Bahasa
Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam perkongsian
tersebut Prof. ada memberitahu bahawa beliau belajar bahasa isyarat tersebut
mengambil masa 2 bulan sahaja. Prof. juga belajar bahasa isyarat dari aplikasi Twitter
sahaja daripada akaun Twitter seorang gadis yang mengajar bahasa
isyarat.
Dalam perkongsian tersebut, Prof memberitahu bahawa pentingnya
untuk mempelajari bahasa isyarat ini. Bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan
Orang Kurang Upaya (OKU) kategori pekak dan bisu malah boleh digunakan dalam
komunikasi seharian juga. Prof juga turut berkongsi bagaimana beliau berkomunikasi
dengan ahli keluarganya iaitu dengan anak-anaknya dengan bahasa isyarat supaya
anak-anaknya juga turut sama-sama mempelajari bahasa isyarat ini.
Prof ada menekan bahawa minat dan usaha harus seiring dalam
mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Bahasa isyarat ini harus dipelajari bukan
sahaja untu berkomunikasi dengan OKU malah ianya boleh dijadikan bahasa isyarat
untuk diri sendiri contohnya ketika berada dalam keadaan marah. Bahasa isyarat
juga boleh digunakan ketika hendak berkomunikasi dengan orang yang berlainan
bahasa dengan kita. Bual bicara ini secara tidak langsung memberi pendedahan
kepada masyarakat tentang pentingnya untuk mempelajari belajar bahasa isyarat
ini.
No comments:
Post a Comment