Friday, April 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3- BAHAN ASAS GRAFIK

 

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimediadalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia (UPM)


Pengiklanan kasut syarikat ELEVEN

1. Banting/Banner


 

1. Posisi kasut:

Kedudukan kasut kelihatan seimbang dan saiz kasut dalam pengiklanan ini tidak telalu besar sehingga menutupi elemen lain dalam banner tersebut.

 

2. Latar belakang elemen batu-bata:

Pemilihan latar belakang ini adalah untuk mengurang kan penggunaan warna kelabu yang terlalu banyak dan memasukkan sedikit warna yang sedikit gelap untuk menonjolkan warna latar teks yang menggunakan bahasa Inggeris kelihatan menjadi lebih estetik.

 

3. Penggunaan bahasa Inggeris:

Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengiklanan ini adalah kerana target jualan ini bukan hanya tertumpu kepada orang tempatan     sahaja.

 

4. Laman sesawang:

    Kedudukan aplikasi-aplikasi tersebut yang berada di sudut  kanan bawah sesuai kerana tidak mengganggu tujuan utama  pengiklanan ini dilakukan. Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

 

5. Latar belakang warna kelabu

    Latar belakang ini dipilih kerana dapat menonjolkan lagi kasut serta ingin memfokuskan kedudukan     kasut tersebut.

6. Jenis bahan bunting

    Bunting yang akan disediakan adalah berbentuk segi empat dan bahan yang akan digunakan untuk       bunting tersebut ialah daripada jenis polivinil klorida (PVC) iaitu sejenis plastik yang diklasifikasikan sebagai bahan yang sangat tahan lama (sesuai digunakan untuk promosi luar) dan tidak mudah koyak.

 

 

 


Posisi Kasut

          Kasut yang akan dihasilkan akan diletakkan dibahagian tengah gambar (center) supaya menjadi daya tarikan utama. Jenama juga diletakkan dibahagian tengah gambar. Ini kerana pembeli semestinya akan memandang jenama terlebih dahulu sebelum membeli terutamanya bagi peminat jenama Eleven11.

 

Slogan

         Slogan bagi jenama ini diletakkan juga dibahagian atas supaya pembeli akan melihat syarikat kasut ini mempunyai pegangan tersendiri. Bagi pemilihan warna tulisan mengikut warna tema kasut iaitu merah hitam.

 

Latar Belakang

          Latar belakang (background) pamphlet adalah bertemakan ‘galaksi’ kerana dapat menyerlahkan kasut serta dapat menarik minat pembeli . Malah kasut ini juga direka dengan rekaan sedemikian maka sesuai dengan latar yang disediakan.

 

Laman Sesawang

          Kedudukan website atau laman sesawang bagi syarikat ini berada di sudut  kanan bawah sesuai kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan ini dilakukan dalam masa yang sama memberikan pembaca mudah untuk mencari rujukan syarikat. Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.




Berdasarkan poster diatas dapat kita lihat bahawa terdapat gabungan warna yang sangat menarik dan dapat menarik lebih perhatian audiens. Warna latar belakang yang gelap iaitu hitam dan sedikit oren dilihat mampu untuk menaikkan gambar kasut didalam poster. Selain itu, warna kuning seakan-akan percikan api di belakang kasut dilihat bersesuai dengan latar belakang yang digunakan.

Selain itu, motto atau slogan produk ditulis dengan besar agar mesej yang ingin disampaikan kepada audien dapat disampaikan dengan baik dan jelas. Selain itu, jenis font yang digunakan sangat sesuai. Saiz font juga besar agar tulisan lebih jelas dan dapat dilihat dengan jelas oleh audiens. Warna font juga bersesuaian dengan latar poster. Warna yang dipilih dapat dilihat kerana lebih menonjol daripada latar belakang.

Nama syarikat juga diletakkan dalam poster supaya audiens mengetahui dengan jelas syarikat yang keluarkan produk tersebut. Nama dan logo syarikat diletakkan di bahagian tengah atas supaya audiens jelas dan tahu dari mana syarikat itu dikeluarkan dengan baik.

Susunan yang digunakan dalam poster sangat baik dan tidak terlalu rumit. Hanya beberapa elemen yang digunakan. Oleh itu, poster tidak terlihat semak dengan pelbagai benda yang tidak berguna.  Hal ini menyebabkan poster tersebut mudah difahami kerana poster tersebut riingkas dan berkesan.




1.      Posisi Kasut

Kedudukan kasut diletakkan pada bahagian tengah gambar. Hal ini bertujuan untuk memastikan gambar kasut tersebut menjadi tarikan atau mesej utama kepada pelanggan. Saiz kasut dalam gambar ini juga agak besar dan mampu menarik minat sesiapa yang melihatnya.

 

2.      Warna latar belakang & warna kasut

Warna latar belakang yang digunakan dalam gambar ini ialah kelabu gelap. Warna kelabu gelap  dipilih supaya bersesuaian dengan gambar kasut yang bewarna putih. Pemilihan warna kelabu gelap sebagai latar belakang membuatkan gambar kasut kelihatan lebih menyerlah dan menarik. Pemilihan warna kasut juga penting untuk memastikan sesuatu gambar itu mampu menarik minat pelanggan. Jadi, warna putih merupakan gabungan yang sesuai dengan warna latar iaitu kelabu gelap.

 

3.      Elemen teks

Elemen teks digunakan untuk menjelaskan lagi gambar dan menjadi elemen penerangan kepada grafik. Saiz fon yang digunakan tidak terlalu kecil dan juga bersesuaian dengan gambar tersebut. Warna putih dipilih supaya elemen teks akan menyerlah. Penggunaan teks yang bersesuaian dari segi saiz dan warna dapat membantu menyampaikan mesej dengan baik. Penggunaan kotak yang bewarna merah di sekeliling bertujuan untuk menaikkan dan meyerlahkan lagi penggunaan elemen teks yang terdapat di dalam gambar.

 

4.      Logo

Penggunaan logo sangat penting supaya seseorang yang melihat foto atau gambar tersebut dapat mengenali sesuatu produk atau perniagaan. Penggunaan logo dalam gambar ini juga berperanan sebagai identiti dan mampu meyakinkan pelanggan terhadap produk atau perniagaan. Penggunaan logo mestilah menarik dan tidak terlalu berat. logo yang terdapat dalam gambar tersebut tersebut mampu menjadi ingatan jenama perniagaan kepada pelanggan.



1.      Kedudukan jenama kasut diletakkan di tengah-tengah bagi menonjolkan jenama kasut tersebut. Di samping itu, kedudukan jenama tersebut dapat memudahkan pelanggan mengetahui jenama kasut tersebut. Jenama kasut dipaparkan bagi menarik minat pelanggan untuk cuba mencari info tentang kasut tersebut atau melihat penilaian tentang syarikat kasut tersebut berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pelanggan mereka.

 

2.      Teks dimasukkan bagi menarik perhatian pelanggan. Saiz teks dibesarkan bagi memudahkan penglihatan pelanggan untuk membacanya. Jenis font pula yang mudah dibaca walaupun sekilas pandang sahaja. Warna font pula menggunakan warna font yang sedikit terang tetapi masih dalam kategori warna pastel. Ia sesuai digunakan untuk menarik perhatian pelanggan. Teks yang digunakan tidak terlalu berat untuk difahami dan juga bukan sahaja memfokuskan masyarakat tempatan malah ia juga fokuskan kepada penduduk warga asing. Malah teks digunakan tersebut sebagai ayat pemujuk kepada pelanggan untuk membelinya.

 

3.      Menggunakan warna latar berwarna gelap bagi menimbulkan teks dan gambar kasut yang digunakan. Berdasarkan pada pemilihan warna latar hanya menggunakan satu warna sahaja. Ini kerana untuk tidak terlalu fokuskan kepada penggunaan warna latar. Warna biru dipilih kerana warna biru merupakan warna yang tenang. Pelanggan akan senang untuk membaca teks atau melihat gambar yang dipaparkan kerana mereka tidak perlu untuk lebih fokus pada warna latar. Faktor pemilihan warna latar berdasarkan warna kasut dan juga elemen teks yang dimasukkan. 

 

4.      Posisi kasut pula diletakkan ditengah-tengah untuk seimbangkan teks yang berada di kiri dan kanan kasut. Selain itu, kedudukannya strategi kerana pelanggan boleh melihat terus tanpa perlu membaca teks sahaja pembaca sudah mengetahui bahawa iklan tersebut adalah iklan kasut. Warna pada kasut tersebut yang berwarna merah dan bertali hitam itu amat sesuai di posisi itu.

 

5.      Slogan syarikat kasut diletakkan dibawa untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa slogan itu merupakan slogan kepada syarikat kasut. Slogan ini akan membuatkan pelanggan tertarik untuk membelinya. Kedudukan slogan di bawah bagi memudahkan pelanggan membacanya kelihatan akan tersusun sahaja.



HURAIAN DRAF VIDEO IKLAN

Pautan draf video iklan kasut

 

Bahagian 1 (Saat 0-11)           : Rakaman model berjalan memakai kasut


·         Tujuan : memfokuskan fungsi kasut tersebut dan bagaimana ia kelihatan apabila dipakai

·         Untuk memberi gambaran kepada audiens/pengguna


Bahagian 2 (Saat 12-20)         : Rakaman jarak dekat (zoom in) pada kasut yang dipakai model


·         Tujuan : memfokuskan fitur-fitur dan reka bntuk kasut tersebut

·         Supaya audiens dapat melihatnya dengan lebih dekat dan jelas


Bahagian 3 (Saat 21-23)         : Rakaman kasut yang dipakai oleh model dari jarak jauh bersama jenama kasut


·         Tujuan : untuk memaklumkan kepada audiens tentang jenama kasut tersebut

·         Jarak dan sudut rakaman kasut tersebut pada ketika ini adalah sedikit jauh kerana kasut bukan fokus utama tetapi masih di dalam konteks

·         Oleh kerana fokus utama bahagian ini ialah jenama kasut, logo “ELEVE11” diletakkan dengan saiz yang besar di sebelah kanan kasut.

·         Pemilihan posisi jenama juga penting dan ia diletakkan di sebelah kanan agar menampakkan keseimbangan dalam grafik tersebut

·         Rakaman kasut di posisi tertentu juga dibekukan beberapa saat agar audiens dapat melihat dengan jelas dan faham bahawa apa yang ingin disampaikan adalah kasut dan jenamanya – bersesuaian – bukan jenama beg, jenama kereta tetapi jenama kasut



Bahagian 4 (Saat 23-25)         : Slogan jenama/syarikat kasut


·         Tujuan : untuk menarik perhatian audiens

·         “Every shoe has a story” merupakan slogan pilihan syarikat/jenama “ELEVE11”

·         Pemilihan warna-warna utama untuk keseluruhan skrin di bahagian ini adalah hitam, putih dan merah – cuma 3 warna agar ringan dan senang apabila dipandang

·         Pilihan warna putih pada teks “EVERY SHOE HAS A” adalah kontra dengan warna latar belakang, iaitu hitam. Dengan ini, teks tersebut akan kelihatan lebih menonjol dan jelas

·         Pilihan warna merah pada teks “STORY” menunjukkan bahawa perkataan ini ingin ditekankan kepada audiens untuk memujuk audiens mencipta cerita sendiri melalui kasut tersebut – dapatkan dan alami secara sendiri – beli dan pakai

·         Logo ringkas syarikat/jenama juga diletakkan untuk lagi sekali memaklumkan kepada audiens tentang jenama kasut tersebut.

·         Logo tersebut juga dipilih untuk diletakkan pada bahagian atas kiri agar mendapatkan keseimbangan di dalam grafik tersebut yang mana dibahagian bawah kanan terletaknya teks “STORY”

Pemilihan latar

Latar belakang           : pilihan latar belakang yang dicadangkan semasa membuat rakaman ialah bertemakan ’outdoor’ supaya bersesuaian dengan fungsi kasut yang dipakai untuk berjalan, melakukan aktiviti kasual



link pautan video: https://youtu.be/hlf3X582-LI







No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

    1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA   4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARN...