Wednesday, June 30, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

 

 

 


 link: https://www.youtube.com/watch?v=zNx2BjyJmlA

 

Hola semua, apa khabar? sehat? Post kali haja nak share tentang drama korea. Haa sapa minat tengok drama korea angkat tangan. Segmen Drama Korea: Realiti atau Fantasi ni telah dikongsikan oleh Prof. Dr. Normaliza dalam laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka. Tahu tak Prof. telah menonton drama korea lebih berpuluh drama tau aish kalah Haja.


Dalam segmen ini Prof. Dr. Normalizaberkongsi mengenai kehidupan yang sebenar di Korea. Haruslah Prof. lebih arif sebab Prof. pernah menetap di Korea tau selama 2 tahun. Apa yang dikongsi oleh Prof. dalam drama korea ini mengandungi pelbagai genre contohnya, percintaan, persahabatan, mengenai kekeluargaan, seram, dan lain-lain genre. Dalam drama korea yang dipertontonkan sebahagiannya merupakan kehidupan sebenar di Korea. Selain itu, drama korea ini juga kelihatan seperti kehidupan sebenar di sekeliling kita. Seperti dalam babak doktor di bilik bedah, apa yang ditonton itu seakan-akan realiti dan juga ada beberapa drama yang meletakkan input seperti nama peralatan yang digunakan dalam bilik bedah. 


Prof. juga ada menyebut mengenai Pulau Nami yang popular di Korea kerana itu adalah lokasi pengambaraan bagi drama Winter Sonata. Sesiapa saja yang pergi ke Korea tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi pulau tersebut. Nampak gayanya lepas final nanti kena marathon tengok drama korea ni takkan nak kalah dengan Prof.


Okay la setakat itu saja yang Haja nak share dengan korang semua. Kalau nak tahu lebih lanjut tengok lah video yang telah Haja kongsikan. Ketemu lagi di lain post. 



 bukti kehadiran



antara laman sosial yang di share:


ulasan segmen:




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

    1. BIODATA DIRI   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA   4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARN...