Hiiiiiiiii semua, sihat ke tu? Belum terlambat lagikan saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Minan Aidil Wal Faizin. Macam mana dengan raya korang? Meriah tak? Ada ketupat tak? Lemang? Rendang? Raya tahun lain dari yang lain kan tapi tidak mengapalah kita sebagai rakyat harus patuhi arahan yang telah ditetapkan dan ini juga untuk kebaikan bersama.
Ohh hampir lupa pula, untuk post kali ni Haja akan bagitahu korang langkah-langkah untuk membuat video setempat. Video setempat ini diambil dengan menggunakan henfon ataupun camera. Alaa macam kita buat story ig tu haa lebih kurang sama la. Kita duduk pada satu tempat sahaja maksudnya our body tidak bergerak atau berpindah ke tempat duduk yang lain cuma henfon atau camera sahaja yang kita gerakkan. Video setempat juga kita tidak perlu untuk edit okay. Haja akan tunjukkan video yang telah Haja record untuk korang okies.
Ini la video setempat yang telah Haja record. Selamat menonton!
Langkah-langkah untuk membuat video setempat
- mencari sudut atau ruang tempat untuk rakam
- penataan cahaya yang sesuai supaya video nampak jelas
- bunyi yang tidak terlalu bising supaya suara percakapan dalam video jelas untuk di dengar
Haaa itu sahaja untuk post kali ini. Jumpa untuk next post pula. Selamat HAri raya semua, ingat patuhi SOP dan jaga diri semua. Byeeeeee.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM.
Rujukan video: Youtube Channel Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
No comments:
Post a Comment