INTERNET
Elemen: Keseimbangan
Tema: Haiwan
Huraian: Gambar jelas menunjukkan singa yang merupakan sejenis haiwan. Singa tersebut merupakan singa jantan dewasa. Singa itu sedang berehat di kawasan rumput. Rumput hijau kekuning-kuningan yang meneduhkan permukaan bumi dan pokok akasia menunjukkan tempat itu adalah kawasan savana. Warna biru langit seimbang dengan warna rumput tersebut.
Rujukan: https://cosmosmagazine.com/biology/top-ten-most-popular-animals-are-still-endangered/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Perubahan Iklim
Huraian: Foto ini menggunakan latar belakang berwarna hijau. Keseimbangan yang dipaparkan amat baik di mana subjek berada bahagian tengah. Terdapat dua logo iaitu di bahagian sudut kiri atas dan kanan bawah. Penambahan teks di bahagian tengah bawah menyeimbangkan lagi visual ini.
Rujukan: https://www.greeneuropeanjournal.eu/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Suasana kampung
Huraian: Ruang sebelah kiri gambar terdapat sebuah rumah kampung seimbang dengan tiga orang petani di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang kelihatan hampir senja manakala di sebelah bawah gambar pula menunjukkan sawah padi yang menghijau. Maka jelaslah, gambar ini menepati elemen asas grafik iaitu seimbang.
Rujukan: https://says.com/my/seismik/ala-riverview-lodgeElemen: Keseimbangan
Tema :
Ketenangan
Huraian: Keseimbangan di dalam gambar di atas
dapat dilihat pada ruang kanan dan kiri gambar. Di kanan gambar terisi dengan
bot dan individu yang sedang mengambil gambar permandangan di kawasan tersebut.
Manakala, di bahagian kiri pula ditampilkan air terjun, buih putih dan langit yang
memainkan peranan dalam menyeimbangkan gambar ini. Oleh itu, keseimbangan
antara ruangan kiri dan kanan dipenuhi dengan baik.
Rujukan: https://beyonddhorizons.net/2019/03/13/mostar-kravice-falls-daytrip/?amp
Elemen: Keseimbangan
Tema: Poster
Movie
Huraian: Poster diatas dilihst memenuhi ciri
kesimbangan kerana ruang kiri dan kanan gambar dilihat sama besar. Perkara ini
membuatkan warna yang digunakan disisi kiri dan kanan seimbang. Warna merah dalam poster dilihat seimbang
dengan warna biru di sebelah kanan poster tersebut. Warna yang dipilih juga
dapat menonjolkan grafik tersebut.
Rujukan: https://www.imdb.com/title/tt12882620/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Rumah ibadat
Huraian: Gambar di atas mempunyai sisi kiri dan
kanan yang seimbang. Walaupun mempunyai element mudah untuk mengenali gambar
tersebut, tetapi keseimbangan pasti yang akan menjadi tarikan utama kepada yang
melihat. Bahagian atas dan bawah gambar juga jelas terdapat keseimbangan kerana
ruang yang sama luas. Objek dalam gambar tersebut berada tepat pada bahagian
tengah.
Rujukan: https://www.kelasfotografi.com/2016/03/memahami-keseimbangan-balance-dalam.html?m=1
Elemen: Keseimbangan
Tema: Restoran
Huraian: Poster restoran ini menunjukkan
keseimbangan di mana logo restoran lebih memberatkan di bahagian kiri dan nama
restoran dan motto yang berbentuk teks lebih memberatkan di bahagian kanan.
Pemberatan yang sama rata yang memenuhi poster itu telah menjadikan ia seimbang
kerana setiap ruang digunakan dengan sepenuhnya.
Rujukan: https://www.pngitem.com/middle/TibTmR_transparent-kentucky-fried-chicken-png-kfc-finger-lickin/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam
sekitar
Huraian: Berdasarkan gambar diatas, terdapat
sebuah tasik yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang rimbun. Malah terlihat
juga di sekeliling tepi tasik tersebut ditumbuhi rumput-rumput yang menghijau
yang dapat menyerikan lagi pemandangan tasik tersebut. Tambahan pula, ruang
atas menunjukkan keadaan awan yang membiru dan gunung-gunung yang berada
dihujung bukit tersebut menjadikan lagi kawasan tasik tersebut ‘hidup’. Maka
jelaslah bahawa ruang atas yang digambarkan berdasarkan gambar diatas dapat
menyeimbangkan pemandangan tasik tersebut yang berada di bahagian bawah.
Rujukan: https://gurayyarar.github.io/AdminBSBMaterialDesign/pages/medias/image-gallery.html#lg=1&slide=0
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam
Semulajadi
Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah tempat
yang dipenuhi dengan batu-batuan semula jadi. Ditengah-tengah gambar tersebut
dihasilkan sebuah cahaya daripada matahari yang menembus masuk ke ruangan
tersebut. Ianya membuat kan gambar yang telah diambil ini menjadi lebih
seimbang.
Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/2674081019327763/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Pemandangan di pinggir laut yang terdapat
beberapa bangunan yang tinggi dan rendah. Sepenuhnya ruang digunakan. Ruang di
sudut kanan menunjukkan pembangunan sebuah bandar dan di ruang kiri sebelah
bawah gambaran lautan manakala di bahagian atas pula menunjukkan gambar langit
yang sama keluasannya dengan bangunan dan lautan. Warna yang digunakan dalam
gambar berwarna lembut yang mengambarkan gambar tersebut diambil pada waktu
petang.
Rujukan: https://images.app.goo.gl/j4dHYb2qFVCLNf1L7
Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kegembiraan
Huraian: Tiga sekawan bergurau-senda di pinggir
tanjung. Senyuman pada wajah mereka menunjukkan perasaan gembira. Warna langit
yang biru, hijau daun pokok yang jauh daripada kawasan gambar diambil berserta
air laut yang jernih menghasilkan gambar yang indah. Gambar menunjukkan
kegembiraan tiga sekawan yang terpateri secara spontan kerana mata mereka tidak
fokus pada lensa kamera.
Rujukan: Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam
semula jadi
Huraian: Gambar pemandangan ini meliputi langit,
tasik, rumput, pokok, bukit dan air pancut. Ruang kiri terdapat sebatang pokok
dan daunan pokok di ruang kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat
langit yang luas berwarna biru manakala
di sebelah bawah pulak terdapat tasik yang luas juga. Maka, keseimbangan yang
digambarkan amat jelas kerana setiap objek terletak pada posisinya dan saling
berkaitan.
Rujukan: Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Keluarga
Huraian: Foto menunjukkan beberapa orang sedang
bergambar diruang sebelah kiri dan kanan gambar. Maka, kedudukan di sebelah
kiri dan kanan gambar adalah seimbang. Di sebelah atas pula menggambarkan pokok
– pokok yang menghijau manakala di sebelah bawah gambar pula menggambarkan air
sungai yang jernih. Jelaslah, kedudukan gambar di sebelah atas dan di sebelah
bawah adalah seimbang.
Rujukan: Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Potrait
- metropolitan / moden
Huraian: Berdasarkan foto di atas, keseimbangan
grafik ini dapat dilihat melalui kedudukan ring light dan model tersebut
yang berada di ruang tengah foto. Sisi kiri dan kanan serta sisi atas dan bawah
foto kelihatan seimbang apabila diukur dari ring light tersebut.
Rujukan: Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kolejku
Huraian: Dengan merujuk kepada gambar diatas,
grafik yang dihasilkan adalah seimbang. Hal ini merujuk kepada kedudukan sisi
kiri dan kanan yang mempunyai ukuran yang sama. selain itu, atas kedudukan atas
dah bawah juga dilihat sama dan mengwujudkan keseimbangan. Perkara ini
membuatkan grafik yang diambil kelihatan menarik dan seimbang.
Rujukan: Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pelancongan
Huraian: Pelbagai
element wujud dalam gambar ini yang bersesuaian dengan tema antaranya warna,
kesesuaian, mudah dan keseimbangan. Keseimbangan ditekankan kerana jelas
terlihat ruang kiri dan kanan gambar dipenuhi dan seimbang kiri dan kanan.
Rujukan: Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema:
Animasi
Huraian: Gambaran di atas menunjukkan keseimbangan
dengan menggunakan ruang yang disediakan dengan sepenuhnya bagi memeriahkan
lagi dekorasi dalam kad itu. Teks diletakkan di bahagian atas secara melengkung
dan meletakkan gambar kek dan kartun di bawah teks itu yang menyebabkan ruang
antara atas dan bawah seimbang. Ruang kiri dan kanan kad itu diletakkan
dekorasi yang pelbagai bagi mengisi ruang kosong itu. Oleh itu, dengan
keseimbangan yang ada telah menjadikan kad itu lebih cantik dan menarik.
Rujukan: Sendiri
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Berdasarkan gambar diatas, menunjukkan
pemandangan di atas jalan raya dimana ruang kiri dan kanan jalan raya tersebut
dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit. Manakala awan diatas kelihatan
berwarna biru dan sedikit berwarna keputihan. Ini jelaslah bahawa dengan semua
gabungan ruang dan warna yang ada membuatkan gambar ini kelihatan seimbang.
Rujukan: Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kekeluargaan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar diatas menunjukkan pelajar
mengambil gambar sekelas bersama guru-gurunya di suatu tempat yang sesuai
dengan bilangan pelajar yang agak ramai. Susunan pelajar juga seimbang di kiri
dan kanan dan ianya menyebabkan gambar tersebut kelihatan lebih seimbang.
Rujukan: Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Percutian
Huraian: Gambar diambil seimbang menampakkan semua
pemandangan yang ada. Pokok yang berada di sebelah kanan dan di kiri pula
terdapat aliran air sungai serta bahagian atas pula gambaran awam yang mendung
dan jambatan kecil pada bahagian bawah. Penataan warna yang pula tidak terlalu
banyak. Kedua-dua pelancong tersebut menggunakan warna pakaian yang sama sahaja
iaitu tertemakan warna biru.
Rujukan: Sendiri
Ketua elemen: Mohd Azizul bin Asri 204110
Pembantu: Nur Ewana Fatini bin Zulkefli 203305
No comments:
Post a Comment