Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT Kuala Nerus.
Ringkasan cerita sosial
Berdasarkan Cerita sosial 2, bapa telah membawa banyak buah-buahan yang di beli oleh bapa dari pasar tani pada hari ahad yang lalu. Bapa membeli buah-buahan tersebut kerana bapa tahu bahawa anak-anaknya suka makan buah-buahan tempatan. Ada beberapa jenis buah yang bapa beli antaranya buah manggis, buah langsat, buah durian dan buah duku. Abang Imran yang melihat bapa membawa buah-buahan tersebut bertanya kepada bapa dari mana bapanya membeli buahan tersebut. Bapa memberitahu bapa membelinya di pasar tani dan menyuruh abang Imran untuk memanggil ibu dan adik-adiknya untuk makan buah-buahan tersebut bersama-sama.
Madinah, melompat keriangan apabila melihat buah-buahan yang dibeli oleh bapa. Aisyah pula terus berlari untuk mendapatkan plastik yang dipenuhi dengan buah mangis. Ibu mengarahkan mereka berempat supaya sampah atau kulit buah tersebut dibuang kedalam tong sampah yang telah ibu sediakan. Ibu berpesan supaya tidak membuangnya merata-rata tempat hal ini kerana akan menjadikan rumah kelihatan bersepah dan tidak terurus. Mereka berempat mengangguk akan arahan yang diberikan oleh ibu sebagai tanda mereka faham dan akan patuh akan arahan ibu.
Alim meminta izin ibu untuk berkongsi sedikit buah-buahan yang bapa beli ini dengan Sulaiman iaitu kawannya merangkap jiran mereka. Alim berkata lagi kepada ibunya bahawa ibu bapa selalu berpesan bahaawa berkongsi makanan atau barang kepunyaan kita dengan orang lain merupakan satu amalan yang baik. Ibu mengasingkan beberapa jenis buah ke dalam satu plastik yang berwarna merah dan memberikan kepada Alim untuk dibawa kepada kawannya Sulaiman. Ibunya memuji akan perbuatan Alim yang ingat akan pesanan ibu dan bapa iaitu untuk berkongsi makanan atau barang dengan orang lain juga.
Ibu menghulurkan buah-buahan tersebut kepada Alim sambil berkata ibunya ada Nampak Sulaiman yang berada di halaman depan rumahnya yang sedang menyiram pokok bunga. Alim mengambil buahan tersebut lalu berlari menuju ke rumah Sulaiman. Alim memberikan plastic yang berisi buahan kepada Sulaiman. Sulaiman sentum kepada Alim serta mengucapkan terima kasih kerana telah memberi buah-buahan kepadanya. Setelah itu Alim bergegas pulang ke rumah untuk menyertai keluarganya yang sedang makan buah-buahan tersebut. Alim mengerti bahawa berkongsi dengan orang lain merupakan satu amalaan yang baik. Alim mengertinya kerana abang, kakak dan adiknya juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya.
Selesai sahaja mereka sekeluarga makan, Alim sama-sama menolong mengemas rumah. Alim membuang sampah kulit buahan tersebut ke dalam tong sampah yang besar yang berada di luar rumahnya. Ketika itu Alim terserempak dengan ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah. Mak cik Timah sedang menyapu lantai di hadapan rumahnya menyapa Alim. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Alim berkata dia ingat akan pesan ibunya untuk sentiasa berkongsi dengan orang kerana ia merupakaan satu amalan yang baik. Alim juga mengatakan bahawa Mak Cik Timah sekeluaraga adalah jiran yang baik.
Mak Cik Timah memuji akan tindakan Alim yang ingat akan pesanan ibunya. Alim bertanya kepada Mak Cik Timah apabila wajah Mak Cik Timah yang berubah menjadi sedih. Di sini, Mak Cik Timah berkata dia tidak sedih malah dia berasa gembira kerana Alim bersikap baik kepada Sulaiman sambil melihat anaknya itu yang sedang membasuh basikal.
Alim membalas kata-kata Mak Cik Timah yang Alim suka dengan Sulaiman lagi pula Sulaiman kawannya. Alim meminta izin untuk pulang ke rumahnya sambil melampai tangannya kearah Mak Cik Timah sebelum dia memasuki ke dalam rumah. Mak Cik Timah memandang kearah Alim yang berjalan balik menuju ke rumahnya. Mak Cik Timah mendoakan akan kesejahteraan keluarga Alim yang telah berbuat baik kepada mereka sekeluarga.
No comments:
Post a Comment